Pengenalan

Utama

/

Mengenai kami

PENGENALAN

Inisiatif saringan awal bertujuan mengenal pasti tahap perkembangan kanak-kanak khasnya untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Populasi kanak-kanak negeri Selangor di bawah umur 18 tahun ialah 1.9 juta orang mewakili hampir satu pertiga populasi penduduk di negeri ini.

Menurut Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), komposisi kanak-kanak di bawah umur lima tahun pada 2023 ialah 2.35 juta dengan 1.21 juta kanak-kanak lelaki dan 1.14 juta kanak-kanak perempuan. Kumpulan umur ini meliputi 25.7 peratus daripada jumlah kanak-kanak di Malaysia.

YAWAS ingin memperkenalkan satu inisiatif program saringan secara digital tanpa perlu kehadiran pakar yang sedang diusahakan oleh Toy Eight Sdn Bhd (selepas ini akan disebut sebagai TOY8), sebuah syarikat pemula niaga (startup) dalam bidang teknologi pendidikan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dari negara Jepun yang telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2018.

Proses Saringan akan dilakukan secara bersemuka dengan menggunakan kaedah teknologi AI.

Sekiranya terdapat murid/peserta yang menghadapi masalah perkembangan hasil daripada ujian tersebut, maka ibubapa akan dimaklumkan. Perlu membawa laporan penuh hasil pra saringan yang telah dilakukan ke Doktor Pakar untuk saringan yang lebih lanjut.

© Yayasan Warisan Anak Selangor.. All Rights Reserved.