Program Saringan Perkembangan Awal kanak-kanak Selangor yang telah dirasmikan oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada 1 Disember 2024
Inisiatif saringan awal bertujuan mengenal pasti tahap perkembangan kanak-kanak khasnya untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
Inisiatif saringan awal bertujuan mengenal pasti tahap perkembangan kanak-kanak khasnya untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
Populasi kanak-kanak negeri Selangor di bawah umur 18 tahun ialah 1.9 juta orang mewakili hampir satu pertiga populasi penduduk di negeri ini.
Menurut Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), komposisi kanak-kanak di bawah umur lima tahun pada 2023 ialah 2.35 juta dengan 1.21 juta kanak-kanak lelaki dan 1.14 juta kanak-kanak perempuan. Kumpulan umur ini meliputi 25.7 peratus daripada jumlah kanak-kanak di Malaysia.
YAWAS ingin memperkenalkan satu inisiatif program saringan secara digital tanpa perlu kehadiran pakar yang sedang diusahakan oleh Toy Eight Sdn Bhd (selepas ini akan disebut sebagai TOY8), sebuah syarikat pemula niaga (startup) dalam bidang teknologi pendidikan berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) dari negara Jepun yang telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2018.
Proses Saringan akan dilakukan secara bersemuka dengan menggunakan kaedah teknologi AI.
Sekiranya terdapat murid/peserta yang menghadapi masalah perkembangan hasil daripada ujian tersebut, maka ibubapa akan dimaklumkan. Perlu membawa laporan penuh hasil pra saringan yang telah dilakukan ke Doktor Pakar untuk saringan yang lebih lanjut.
Pendaftaran
Muat turun adalah percuma melalui Play Store atau Apple Store.
Permohonan Dibuka
Tekan butang carian dan taip Aplikasi YAWAS;
Muat turun Aplikasi YAWAS di peranti pintar anda
Tekan butang "Daftar Sekarang"
Masukkan nombor Mykad anda.
Kemudian tekan "Semak"
Masukkan data pembukaan akaun berikut:
Username;
Nama Penuh;
Kata Laluan;
No. Telefon
Email Pengguna
Nombor TAC
Kemudian tekan "Daftar"
Sila tekan butang program "SPAKS"
Sila masukkan nombor Mykid anak & Jantina.
Kemudian tekan "Semakan Kelayakan"
Sila lengkapkan data berikut:
bahagian pemohon(Anak)
Bahagian penjaga (Bapa);
Bahagian pasangan (Isteri);
Bahagian perakuan; "
Kemudian tekan "Daftar"
Pendaftaran boleh dibuat bermula 14 November 2024
Pemohon yang berjaya akan menerima panggilan dari YAWAS
Syarat permohonan
Manfaat
Aspek-aspek kategori ujian yang akan disentuh sepanjang proses saringan awal yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
Inisiatif saringan awal bertujuan mengenal pasti tahap perkembangan kanak-kanak khasnya untuk kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
pertanyaan.yawas@gmail.com
+603-5481 8800
© Yayasan Warisan Anak Selangor.. All Rights Reserved.