Soalan Lazim (FAQ) 

Utama

/

FAQ

FREQUENTLY ASK QUESTION (FAQ) BAGI PROGRAM SARINGAN PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK SELANGOR (SPAKS)

1. Apakah Program Saringan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Selangor (SPAKS)?
Program ini bertujuan untuk mengenal pasti perkembangan kanak-kanak secara awal, membantu dalam intervensi awal jika diperlukan, dan menyokong ibu bapa dalam perkembangan anak-anak mereka.

2. Siapakah yang boleh menyertai program ini?
Kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun.

3. Apakah syarat-syarat untuk menyertai program SPAKS ini?
Syarat-syarat bagi menyertai program SPAKS ini adalah seperti berikut:
1. Pemohon (Ibu/Bapa) Warganegara Malaysia dan Pengundi di Selangor
2. Menetap Di Selangor
3. Pendapatan Isi Rumah mestilah RM 8000 Ke Bawah (gaji kasar)
4. Anak berumur dari 3 Tahun genap sehingga 5 tahun.
5. Tidak pernah membuat saringan dan di diagnosis oleh Doktor Pakar

4. Apakah aspek perkembangan yang akan dinilai dalam saringan ini?
Aspek-aspek kategori ujian yang akan disentuh sepanjang proses saringan awal yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
a) Motor Kasar (soalan kaji selidik)
b) Motor Halus (aktiviti dan soalan kaji selidik)
c) pertuturan dan bahasa (aktiviti dan soalan kaji selidik)
d) perkembangan kognitif (aktiviti dan soalan kaji selidik)
e) Tingkah laku sosial (aktiviti)

5. Bagaimana cara untuk mendaftar?
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman aplikasi YAWAS. WAJIB untuk muat turun (download) aplikasi YAWAS terlebih dahulu.

Langkah Permohonan Program Saringan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Selangor

Langkah 1 :

Tekan butang carian dan taip Aplikasi YAWAS;

Muat turun Aplikasi YAWAS di peranti pintar anda

Langkah 2 :

Tekan butang "Daftar Sekarang"

Langkah 3 :

Masukkan nombor Mykad anda.
Kemudian tekan "Semak"


Langkah 4 :

Masukkan data pembukaan akaun berikut:
Username;
Nama Penuh;
Kata Laluan;
No. Telefon
Email Pengguna
Nombor TAC

Kemudian tekan "Daftar"

Langkah 5 :

Sila tekan butang program "SPAKS"

Langkah 6 :

Sila masukkan nombor Mykid anak & Jantina.
Kemudian tekan "Semakan Kelayakan"


Langkah 7 :

Sila lengkapkan data berikut:
bahagian pemohon(Anak)
Bahagian penjaga (Bapa);
Bahagian pasangan (Isteri);
Bahagian perakuan; "

Kemudian tekan "Daftar"

Langkah 8 :

Pendaftaran boleh dibuat bermula 14 November 2024
Pemohon yang berjaya akan menerima panggilan dari YAWAS

6. Apakah dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ini?
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
1. Mykid atau Sijil Lahir anak
2. Mykad Ibu dan Bapa
3. Slip Gaji (seisi keluarga) ibu dan bapa (gaji kasar)
4. Surat akuan pendapatan (bagi yang tidak bekerja atau bekerja sendiri)
5. Salinan Semakan daftar pemilik (SPR)

7. Bagaimana untuk tahu jika pendafataran lulus atau gagal?
Boleh membuat semakan di dalam aplikasi YAWAS.

8. Bagaimana untuk mendapatkan temujanji saringan ini?
Pihak YAWAS akan hubungi ibu/bapa/penajaga pemohon untuk menbuat temujanji pada tarikh yang akan ditetapkan.

9. Apakah yang berlaku selepas saringan dilakukan?
✅ Ibu bapa akan diberikan laporan ringkas mengenai perkembangan anak mereka.
✅ Jika ada keperluan untuk intervensi lanjut, rujukan akan dibuat kepada pakar yang berkaitan seperti ahli terapi pertuturan, ahli psikologi atau pakar pediatrik.

10. Jika Keputusan anak saya terdapat masalah perkembangan apa yang saya perlu lakukan?
Sekiranya terdapat masalah perkembangan,kanak-kanak yang menghadapi masalah perkembangan hasil daripada usaringan tersebut, maka ibubapa akan dimaklumkan. Perlu membawa laporan penuh hasil pra saringan yang telah dilakukan ke Doktor Pakar untuk saringan yang lebih lanjut.

11. Adakah ibu/bapa/penjaga perlu menemani bersama kanak-kanak semasa saringan berlaku?
Tidak perlu, kerana ibu/bapa/penjaga WAJIB untuk membuat pendaftaran email yang sah dan menjawab soalan-soalan yang akan diberikan oleh pihak TOY8 secara atas talian semasa kanak-kanak sedang diasaring.

12. Berapa lama keputusan laporan akan dapat?
Anggaran diantara 1-2 bulan dan Keputusan laporan akan di hantar ke email ibu/bapa/penjaga semasa pendaftaran dilakukan.

© Yayasan Warisan Anak Selangor.. All Rights Reserved.